22 April 2012

Kisah3: Seks Bebas di Apartment

Majoriti warga Afrika yang datang ke Malaysia, mereka mengakui wanita Melayu adalah yang terbaik untuk mereka. Kadangkala mereka keliru dengan wanita Indonesia dan Malaysia kerana warna kulit dan penampilan yang sama.
Apapun warga Afrika ini lebih senang mendampingi wanita Malaysia. Mereka akan berkenalan melalui internet atau clubbing. Kebanyakan mereka akan menjalinkan hubungan dengan gadis atau ibu tunggal. 
Ada di kalangan mereka bersekedudukan tanpa nikah dengan wanita Malaysia sebelum merancang untuk berkahwin. Saya bertemu beberapa warga Afrika yang mempunyai kekasih wanita Melayu.
Ada yang sanggup datang dari luar Kuala Lumpur untuk bertemu dengan kekasih Afrikanya. Saya pernah bertanya kepada seorang warga Nigeria yang mempunyai kekasih seorang gadis  Melayu.
Jawapannya; "Wanita Melayu bersih, lembut, sopan dan lebih memahami berbanding wanita Cina atau India Malaysia." 
Dia merancang untuk berkahwin dengan gadis Melayu ini tetapi mendapat tentang daripada keluarga gadis ini. Gadis ini sentiasa berkunjung ke apartmentnya di hujung minggu dan mereka bermadu kasih. Mengamalkan seks bebas di kalangan warga Afrika adalah perkara biasa di Malaysia. Mereka gemar membawa wanita Melayu, Cina, India, Filipina, Indonesia di apartment yang diduduki.
 Apa yang dimaklumkan setiap malam kadangkala membawa dua wanita sekaligus dan wanita ini berkongsi melakukan hubungan seks dengan rakan serumah warga Afrika ini. Kebanyakan mereka terdiri di kalangan pelacur yang memberikan khidmat seks dari rumah ke rumah. 
Inilah yang berlaku hari ini tanpa pengawal keselamatan memantau penghuni Afrika di apartment itu  yang membawa wanita untuk tujuan melempiaskan nafsu di apartment,  hari ini  tidak lagi di hotel.
Kegiatan maksiat warga Afrika bersama rakyat Malaysia ini bukanlah perkara yang tidak diketahui oleh penduduk setempat. Mereka ini lebih gemar menghuni apartment yang jauh daripada komuniti Melayu. Apartment mewah yang disewa RM1000 sebulan adalah pilihan mereka.
Warga Afrika ini akan menjalinkan hubungan seks bebas dengan rakyat tempatan dan pelacur tidak mengira masa.
Saya pernah bertemu dengan seorang ibu tunggal yang menjalin hubungan dengan warga Nigeria yang mana dia juga mengetahui kekasihnya itu menjalinkan hubungan seks bebas tetapi kerana perasaan cinta yang mendalam ibu tunggal ini tidak kisah, malah dia mengatakan kepada saya, dia akan cuba mendidik kekasihnya itu.
Ironinya, ibu tunggal ini turut melakukan zina pada hujung minggu dengan kekasih Nigerianya itu walaupun merancang untuk bernikah tetapi hingga kini mereka masih melakukan perbuatan terkutuk itu. Entah apa yang nak saya katakan lagi kepadanya...lidah saya pun terkelu!


15 April 2012

Kisah 2: Uganda-Nigeria Couples

Ini adalah kisah berkaitan dengan seorang warga Uganda beragama Islam yang tinggal serumah dengan kekasihnya lelaki Nigeria beragama Kristian. Saya mengunjungi pasangan ini apabila diminta berbuat demikian setelah mereka bertengkar. Gadis Uganda ini merajuk berpanjangan tidak mahu makan dan minum menyebabkan kekasihnya bimbang.
Alkisanya, gadisUganda  ini dipukul hampir setiap malam kerana kekasihnya mabuk. Tanpa mengetahui gadis ini beragama Islam, saya hanya mendengar rintihan hatinya. lantas dia memberitahu dia beragama Islam tetapi sukar untuk melaksanakan tanggungjawab beragama kerana katanya tidak berpeluang untuk bersolat. Daripada penampilannya itu saya tidak rasa dia bertanggungjaab sebagai muslim untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada agamanya sendiri. Berpakaian seksi, tinggal serumah dengan lelaki bukan muhrim, berambut perang, berkuku warna, memberi gambaran kepada saya bahawa gadis Uganda ini sudah jauh meninggalkan amalan agama Islam setelah meninggalkan negaranya sejak tiga tahun lalu.
Katanya kepada saya, dia sudah lama tidak bertudung sejak datang ke Malaysia dan jatuh hati dengan lelaki Nigeria yang berlainan agama ini. Dia teringin untuk ke masjid tetapi dia kata tidak jumpa masjid sedangkan surau di apartment didudukinya paling dekat untuk dikunjungi, maka saya anggap itu bukan alasan untuk dia tidak melakukan solat. Katanya kadangkala dia cuba bersolat sembunyi-sembunyi dari pengetahuan kekasihnya, tetapi saya anggap dia berbohong kerana dirinya itu menunjukkan dia tidak sah untuk bersolat.
Saya sekadar menasihatinya lebih elok berpindah rumah daripada membiarkan hidup dalam maksiat dan menjadi mangsa lelaki pemabuk. Katanya dia nekad untuk meninggalkan apartment itu dan berkata tidak akan meninggalkan Islam hanya kerana kekasihnya itu tidak mahu memeluk Islam untuk mengahwininya. Saya pada mulanya anggap dia telah insaf dan ingin meninggalkan kekasihnya.
Keesokan harinya saya dimaklumkan oleh kekasihnya bahawa dia sudah meninggalkan rumah pada malamnya. Tetapi kembali semula ke apartment itu dua hari kemudian dan tinggal semula  dengan teman lelakinya.
Dia cuba menghubungi saya melalui facebook tetapi saya tidak melayaninya kerana dia gagal mengotakan janji kepada dirinya sendiri untuk berubah. Saya tidak perlu untuk memikirkan akan nasib dirinya di negara ini sekiranya dia sendiri memilih untuk hidup dalam penyeksaan di pukul dan jauh dari amalan Islam. Pasangan ini telah berpindah ke tingkat bawah apabila mendapat complaint dari jiran  kerana kerap membuat bising apabila bertengkar.
Bagi saya, bersekedudukan tanpa nikah di kalangan warga asing di negara ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan warga Afrika. Mereka sukar di kesan kerana menggunakan nama panggilan dan penampilan yang tidak menunjukkan dia seorang Islam.
Saya juga tidak pasti apakah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)  mempunyai enekmen untuk menangkap warga asing yang beragama Islam sekiranya mereka didapati  bersekududukan di negara ini tanpa nikah?


Lifestyle 1: My Shoes

Apa yang amat menarik dikalangan warga Afrika, adalah gaya. Di kalangan lelaki Afrika mereka mempunyai sikap suka menunjuk-nunjuk kepada barangan misalnya  seperti kasut. Di kalangan mereka, jika rakan membeli kasut baru pasti mereka akan bertanya berapa harga? jenama apa? di mana beli?
Meletakkan harga yang mahal adalah satu gaya dan kejayaan jika anda tinggal di Malaysia.
Prinsip mereka membeli belah berhabis-habisan untuk mencari sesuatu barangan yang original bukan tiruan. Biar mahal harganya tapi tahan lama, berganti-ganti kasut setiap hari adalah satu kepuasan.
Kebanyakan mereka gemar mengunjungi kompleks beli belah terkemuka seperti Sunway Piramid, IOI Mall,  Mid Valley dan KLCC melainkan di Alamanda, Putrajaya...mereka agak gerun untuk ke sana membeli belah  kerana di kalangan mereka yang tiada dokumen perjalanan yang sah memang takutkan pegawai Imigresen disebabkan Pejabat Imigresen di Presint 2 tidak jauh dari Alamanda.
Pengalaman membeli belah hanya untuk `kasut' sahaja dia  menghabiskan RM1,700.00 untuk lima pasang kasut seperti dalam (gambar di atas) ini selama 6jam di Sunway Piramid. Dalam memilih kasut lelaki Afrika begitu cerewet lebih cerewet daripada perempuan dan lelaki Malaysia. Cerewet dari segi design, kualiti dan kesesuaian kasut untuk semua aktivitinya. Jika boleh mereka mahukan satu aktiviti untuk sepasang kasut.
Tiap kali mengunjungi kedai kasut, mereka sering menghadapi masalah saiz kasut di Malaysia yang lebih direka untuk orang Asia. Kebiasaan saiz kasut mereka antara 43-46 (10-13). Pernah memasuki sebuah kedai kasut lalu salesman itu terus berkata, "no size". Kami pun berlalu meninggalkan kedai kasut itu tanpa perlu membuang masa tertanya-tanya saiz.  Cara orang Afrika ke kedai kasut, mereka akan bertanya saiz terlebih dahulu kemudian mengarahkan salesman membawa keluar saiz yang sesuai untuk dilihat patern kasut bagi  memudahkan mendapatkan saiz  dan menjimatkan masa. Jika tidak berkenan mereka akan membatalkan niat untuk membeli. Jika berkenan mereka akan membelek kasut itu hampir 30 minit sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Dalam urusan membeli belah orang Afrika begitu perihatin tentang resit pembayaran. Setiap kali pembelian dia akan menyimpan kotak serta resit selagi ada jaminan terhadap  produk berkenaan. Berbeza dengan kita orang Malaysia resit dan kotak entah ke mana dicampakkan apabila selesai membeli.

Kisah 1: Dari Georgetown ke Puchong

Saya diundang untuk datang ke sebuah apartment di Puchong. Tujuan untuk bertemu dengan ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun. Wanita ini pernah berkahwin dengan seorang lelaki Liberia tetapi lelaki itu meninggalkannya setelah pulang ke negara asalnya tanpa memberikan sebarang nafkah kepada anak yang ditinggalkan.
Kini wanita itu bercinta pula  dengan lelaki Nigeria yang 10 tahun lebih muda dari usianya. Memang benar cinta tidak mengenal usia namun peristiwa silam mengahwini warga Liberia mengundah gulanakan hati dan perasaan wanita ini.
Menceritakan kisahnya, wanita ini tidak mempunyai masalah untuk berkahwin dengan lelaki Nigeria ini. Tetapi wanita ini menghadapi rintangan dengan keluarga angkatnya yang suatu ketika dulu begitu menentang perkahwinannya dengan lelaki Liberia.
Wanita ini bertanyakan kepada saya apakah yang patut dia lakukan sekira  bernikah lagi  dengan memilih  lelaki berdarah Afrika?
Wanita ini  bimbang akan timbul kembali cerita lama dan luka dihati keluarganya dengan kegagalan perkahwinan pertamanya dulu dengan lelaki Liberia. Seolah-olah dia tidak serik untuk menikahi warga asing lebih-lebih lagi dikalangan warga Afrika.
Saya hanya memberikannya beberapa cadangan kerana saya yakin wanita ini tiada masalah untuk berkahwin dalam usianya yang sudah menjangkau 36 tahun itu dan hanya anak angkat kepada keluarganya.
Nasihat saya ringkas:
1)Pastikan lelaki itu benar-benar ikhlas untuk memperisterikannya.
2) Selidiki latarbelakang keluarganya 
3)Kenali rakan rapat teman lelakinya di Malaysia. 
4) Selidik pasport perjalanannya ke Msia.
5) Jangan cuba kahwin lari
6) Banyakan bersabar memujuk ahli keluarga.
7)Lakukan solat istikharah
8) Buatlah keputusan segera mungkin untuk bernikah.
Wanita ini amat memahami maksud saya itu. Esok petang ibu tunggal bersama anak kecilnya yang comel berambut kerinting dan seiras wajah Afrika berbanding kemelayuan itu akan menaiki bas untuk pulang ke Georgetown.
Saya bersalaman dan memeluk erat  wanita itu lalu berbisik ke telinganya "Cepat Bernikah".Saya mendakap erat anak comel yang tidak mengerti apa-apa itu, saya kucup kedua pipi gebunya, dia lalu mencium tangan saya ucap selamat tinggal.