04 August 2012

Buah Ajaib dari Afrika

 Nama Tempatan: Pokok ajaibNama Saintifik: Synsepalum dulcificumNama Lain: Miraculous berry, buah ajaib,pokok ajaib, miracle fruit,miracle berry,magic berryFamili: SapotaceaeLokasi dijumpai: Tumbuhan di Nurseri MelurAsal: Afrika BaratKeterangan:Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik.Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid.Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, Ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.Kegunaan:Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Lelaki Afrika Tidak Suka ke Tandas

Ini tabiat buruk kebanyakan lelaki Afrika. Mereka suka kencing di merata tempat. Sama ada di belakang kedai, di celah pokok dan di kawasan terlindung.
 Saya sentiasa memikirkan tabiat mereka. Adakah mereka tidak diajar sivik ketika zaman kanak-kanak? Berbanding rakyat Malaysiayang mana  tahap kesedaran sivik tinggi,walaupun berbilang kaum, tandas adalah keperluan jika ingin membuang air kecil.
Tidak mudah untuk kita kencing berdiri di tempat terbuka sekalipun ketika itu kita berada di sebuah kedai  yang pastinya memang disediakan tandas dan kita akan bertindak untuk   memasuki tandas jika ingin membuang air kecil.
 Tetapi ini tidak berlaku di kalangan warga Afrika terutama lelaki. Mereka akan kelihatan keluar dari restoran dan kencing di merata-rata tempat yang difikirkan terlindung berbanding ke tandas yang sudah tersedia di dalam restoran.
 Dalam satu kejadian, ketika menunggu suami di sebuah restoran yang dikunjungi ramai warga Afrika di Puchong, saya meletakkan kereta di kawasan yang agak gelap dan di bawah pohon yang rimbun. Saya mematikan enjin kereta dan membuka cermin untuk mendapatkan udara segar di waktu malam, malangnya udara di keliling kereta saya ini berbau hancing. Dalam masa yang sama saya melihat seorang lelaki Afrika menghampiri kereta saya dan dia terus kencing di tayar belakang kereta saya tanpa dia menyedari saya berada di dalam kereta.
Bayangkan perasaan saya ketika itu menjadi marah lalu saya membunyikan hon sekuat-kuatnya beberapa kali.Lelaki Afrika ini terperanjat dan memohon maaf kerana kencing di tayar kereta saya. Padahal dia keluar dari sebuah restoran berhampiran. Adakah restoran itu tiada tandas? Mustahil!
Kawasan letak kereta di situ, adalah tempat mereka selalu kencing kerana adanya pokok yang rendang dan dekat dengan longkang di situ. Sejak hari itu saya tidak lagi meletakkan kereta di bawah pokok rendang itu kerana sudah tahu tandas segera mereka di situ.