Yoruba adalah salah satu kumpulan etno-linguistik atau etnik
yang terbesar di Afrika Barat. Majoriti daripada etnik Yoruba bercakap dalam bahasa
Yoruba. Populasi etnik Yuroba adalah 21
peratus daripada jumlah penduduk Nigeria , iaitu anggaran 30 juta orang di seluruh Afrika Barat.
(Gambar) Pakaian tradisional wanita Yoruba terdiri daripada
empat bahagian: Buba (blaus seperti baju), Iro (bungkus skirt), gele (ikatan di
kepala / bungkus), dan ipele atau iborun (selendang menghiasi bahu). saya tertarik dengan GELE yang mana tekstil
yang digunakan seperti jenis organza, kain taf, dan tali. Setiap Gele
yang digayakansekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri sengit,berlilit dan berlipat setiap kali digayakan oleh wanita Yaruba. Gele akan
dibalut di sekeliling kepala tetapi tidak seperti kebanyakan balutan kepala,
gele dimanipulasikan untuk berdiri jauh dari kepala, mewujudkan satu bentuk
menegak atau melintang yang besar dengan cara ikatan dan bentuk lipatan gele
yang pelbagai mengikut kreativiti.
Setiap gele yang digayakan adalah simbol kekayaan dan status
ekonomi si pemakainya. Ia boleh dikenalpasti melalui saiz dan fabrik gele yang
digayakan oleh seorang wanita. Seorang
wanita yang mengayakan gele boleh menonjolkan diri mereka dilihat dari jauh kerana saiz gele dan
kreativiti yang digubah di atas kepalanya itu.
Di Malaysia istilah lain yang mungkin sesuai untuk kita sebut Gele seakan sama cara lipatannya bagi membuat tengkolok cuma ia kelihatan lebih besar dengan permulaan kain yang panjang.
Wanita yang bertubuh langsing dan tinggi, lebih berbangga dan bersedia untuk mengayakan gele kerana memudahkan pergerakan mereka di khalayak. saya pernah berdiri disebelah wanita yang memakai Gele, pernah tercucuk mata kerana tengkoloknya begitu besar dan berlekuk-lekuk runcing, ketika bergambar saya terpaksa berhati-hati dibimbangi terselindung ketika merakamkan foto kerana saya lebih tinggi daripada wanita yang mengayakannya pada satu majlis makan malam.

Di kalangan rakyat
Malaysia yang ingin mencuba mengayakan Gele dan mendapatkan material Gele terdapat laman web yang menjual
secara online dan memaparkan teknik mengikat Gele. Untuk gaya yang simple ia boleh dilakukan sendiri tetapi untuk stail yang lebih dramatik memerlukan orang lain melakukannya.