30 May 2012

LifeStyle2: Tengkolok wanita Afrika

Yoruba adalah salah satu kumpulan etno-linguistik atau etnik yang terbesar di Afrika Barat. Majoriti daripada etnik Yoruba bercakap dalam bahasa Yoruba.  Populasi etnik Yuroba adalah 21 peratus daripada jumlah penduduk Nigeria , iaitu  anggaran  30 juta orang  di seluruh Afrika Barat.
(Gambar) Pakaian tradisional wanita Yoruba terdiri daripada empat bahagian: Buba (blaus seperti baju), Iro (bungkus skirt), gele (ikatan di kepala / bungkus), dan ipele atau iborun (selendang menghiasi bahu). saya tertarik dengan  GELE yang mana tekstil yang digunakan seperti jenis organza, kain taf, dan tali. Setiap Gele yang digayakansekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri sengit,berlilit dan berlipat  setiap kali digayakan oleh wanita Yaruba. Gele akan dibalut di sekeliling kepala tetapi tidak seperti kebanyakan balutan kepala, gele dimanipulasikan untuk berdiri jauh dari kepala, mewujudkan satu bentuk menegak atau melintang yang besar dengan cara ikatan dan bentuk lipatan gele yang pelbagai mengikut kreativiti.
Setiap gele yang digayakan adalah simbol kekayaan dan status ekonomi si pemakainya. Ia boleh dikenalpasti melalui saiz dan fabrik gele yang digayakan oleh  seorang wanita. Seorang wanita yang mengayakan gele boleh menonjolkan diri mereka dilihat dari jauh kerana saiz gele dan kreativiti yang digubah di atas kepalanya itu.
 Di Malaysia istilah lain yang mungkin sesuai untuk kita sebut  Gele seakan sama cara lipatannya bagi membuat tengkolok cuma ia kelihatan lebih besar dengan permulaan kain yang panjang.
 Wanita yang bertubuh langsing  dan tinggi, lebih berbangga dan bersedia untuk mengayakan gele kerana memudahkan pergerakan mereka di khalayak. saya pernah berdiri disebelah wanita yang memakai Gele, pernah tercucuk mata kerana  tengkoloknya begitu besar dan berlekuk-lekuk runcing, ketika bergambar saya terpaksa berhati-hati dibimbangi terselindung  ketika merakamkan foto kerana saya lebih tinggi daripada wanita  yang mengayakannya pada satu majlis makan malam.
Di kalangan  rakyat Malaysia yang ingin mencuba mengayakan Gele dan mendapatkan material Gele terdapat laman web yang menjual secara online dan memaparkan teknik mengikat Gele. Untuk gaya yang simple ia boleh dilakukan sendiri tetapi untuk stail yang lebih dramatik memerlukan orang lain melakukannya. 

No comments:

Post a Comment